20 September, 2011

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (1-3)

KESESUAIAN ISO


ISO 100-200 :
Untuk cahaya sangat cerah, permandangan, warna akan lebih padat dan timbul, sesuai untuk gambar studio, selalunya apabila gambar di besarkan gampar tidak nampak kesan pecah(grainy) atau (noise).


ISO 400 :
Sesuai untuk rakam gambar waktu pagi, petang dan ketika cuaca mendung. merakam suasana dalam bilik tampa cahaya, mengambil gambar sukan dengan menggunakan kelajuan pengatup yang tinggi. Merakam suasana matahari jatuh.


ISO 800 :
Sesuai ketika cuaca gelap, sesuai untuk objek bergerak pantas contohnya mengambil  gambar perlawanan bola di stadium , permentasan drama atau teater. ASA bergini tidak sesuai menggunakan lampu denyar.

ISO 1600 :
Sesuai untuk merakam gambar pada waktu malam dengan keadaan cahaya yang amat lemah. Juga sesuai mengambil gambar di stadium atau konset.

AUTO ISO :
Set ini bila digunakan  kemera akan menentukan ISO sendiri secara aotomatik bergantung  kedapa keadaan cahaya sekeliling. 


No comments:

Post a Comment

leave your link...