Untuk Mu ♥...
Kebesaran Allah |
Aku datang bersujud di hadapan Mu. Sucikan hatiku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam kehidupan.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya. Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari pelusuk mataku dan usirkan dia dari relung hatiku.Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.
Tetapi jika kau menciptakan dia untuk ku, Ya Allah. Tolonglah satukan hati kami. Bantulah aku untuk mencintai, mengasihi dan menerimanya seutuhnya. Berikanlah kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagai mana aku telah Engkau ciptakan.Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela memberi suka dan duka dengannya...
Ya Allah yang maha pengasih, dengarlah doaku ini. Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak Mu. Allah yang maha kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buat ku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikhmahnya...
Pengumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada Mu...
Untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu...
Agarlah aku tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah engkau tentukan...
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak ku yang jadi dalam setiap bahagian dalam kehidupan ku Ya Allah... Amin...
BILA ANAK DAH PANDAI MELIHAT,TUNJUKKAN KEPADANYA AKAN KEBESARAN ALLAH (TENTANG LANGIT, BUMI MANUSIA).
BILA ANAK DAH PANDAI MENGIRA, AJARLAH ANAK DENGAN NOMBOR TALIAN ALLAH 2,4,4,3,4 YAKNI KIRAAN RAKAAT SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM YANG WAJIB DI TUNAIKAN OLEH UMAT ISLAM
BILA ANAK DAH OANDAI MAKAN SENDIRI, DIDIKLAH DAN SELALU INGATKAN PADANYA AGAR MENCARI REZEKI DAN MAKANAN YANG HALAL, KERANA HASIL YANG HARAM AKAN MENJEJASKAN
KEHIDUPAN SEBAGAI UMAT ISLAM.
BILA KITA SUDAH MATI NANTI, ANAK YANG SOLEH NANTI YANG KITA DIDIK INILAH YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA DI ALAM BARZAH DAN LEBIH2 LAGI DI AKHIRAT KELAK, SELAIN AMAL JARIAH YANG KITALAKUKAN SEMASA HIDUP.