26 September, 2011

DSLR KAWALAN & PENJAGAAN

Kadang-Kadang Kualiti Gambar Ditentukan Oleh Kemahiran Tangan

  • Kemera hendaklah dipegang dengan cermat dan berhati-hati kerana kesan gegaran, ketukan dan hentakan yang kuat akan merosakkan kemera dan lensa yang digunakan gegaran kuat pada lensa akan menyebabkan kedudukan kanta dalam lensa menjadi tidak stabil. Akibatnya  imej yang dirakam tidak lagi menjadi tajam (sharp) di bahagian tertentu sama ada di tengah, kiri atau kanan imej yang dirakam. 
  • Elakkan kemera terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara berpanjangan, bergitu  juga dengan habuk.  pancaran matahari secara terus ke panel LCD menyebabkan  ia akan gagal gagal berfungsi dengan baik dan tulisan di dalamnya akan bertukar menjadia kabur. Untuk menghilangkan habuk  atau kotoran yang melekat pada lensa pula gunakan berus pembersih (blower brush), kain lembut atau cecair pembersih yang dibuat  khas untuk peralatan kemera.
  • Elakkan terkena hujan atau memegang kemera dengan tangan basah bagi mengelakkan litar pintas (short circuit) pada panel penting  yang ada pada bahagian badan kemera.
  • Apabila tidak menggunakan kemera atay lampu denyar(flash) dalam jangka masa yang agak lama, keluarkan beteri yang ada di dalamnya untuk mengelakkan kerosakan pada sistem peranti elektroniknya.
  • Elakkan keran jari(finger print) pada cermin lensa. Kesan cap jari mengandungi unsur  minyak yang  boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang bergitu sensetif. Untuk mengelakkan risiko kecacatan lapisan coating, gunakan filter(penuras) bagi mencegah calar pada permukaan cermin hadapan lensa. selalunya penuras yang digunakan ialah UV(ultra violet), skyline atau penuras jenis 1A atau 1B.
  • Kedudukan badan yang stabil akan memastikan kesempurnaan dan mutu gambar yang dirakam. Posisi tangan dan kaki boleh mengurangkan gegaran atau goncangan pada kemera, bergitu juga teknik menahan nafas sebelum menekan butang shutter.
  • Gunakan tangan kiri untuk memegang kemera atau pergelangan lensa, tangan kanan untuk mengawal setting atau menekan butang shutter. Kedua-dua siku derapatkan ke badan untuk menguatkan lagi keseimbangan kemerayang di pengang. 

Cara Memegang DSLR
  • Pastikan tangan tidak mengepak ketika mengambil gambar, memegang kemera dengan sebelah tangan atau meletakkan tanggan kiri di atas  lensa kemera cara ini boleh menyebabkan  lagi bebanan kemeran dan mengakibatkan kemera yang dipegang menjadi tidak stabil, boleh bergoyang atau bergegar.
  • Ketika mengambil gambar , pastikan juga tali kemera disangkut atau dililit sedikit di tangan bagi mengelakkan kemera terjatuh.
  • Jika mengambil gambar berdiri kaki kiri diujurkan sedikit ke hadapan, seolah-olah memasang kuda-kuda supaya imbangan stabil dan kita tidak mudah tumbang kertika mengambil gambar.

21 September, 2011

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (3-3)

MAKSUD LAMBANG


LAMBANG KILAT DENGAN GARISAN MELINTANG / PANGKAH :
Pemilihan sama ada ingin memberi cahaya pada objek atau tidak. Ia berguna ketika pancaran cahaya dari lampu denya tidak diperlukan terutama pada tempat yang tidak dibenarkan mengunakan lampu pancar.


LAMBANG ORANG DENGAN BINTANG :
Ia digunakan untuk menghilangkan  kesan gelap pada muka objek (black light), program ini bila digunakan, lampu denya akan di simbahkan secara automatik untuk menolak  cahaya kebelakang  dan gambar menjadi nomal semula.

LAMBANG ORANG BERLARI :
Set ini selalu digunakan untuk merakam gambar atlet atau sukan yang memerlukan kelajuan yang tinggi supaya gambar tidak kabur(blur) akibat pergerakan yang laju.

LAMBANG BUKIT :
Untuk merakam gambar permandangan luas, landskap, agar gambar dihasilkan lebih tajam (sharp) dengan depth of fieldsnya sempit.

GAMBAR KEPALA SEPARUH BAHU :
Set ini digunakan untuk mengambil gambar potret.




MODE DSLR

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (2-3)

MAKSUD LAMBANG

AUTO :  
Lambang kotak hijau atau kemera berwana hijau, fungsinya memudahkan kerja bagi mereka yang baru    menjinakkan diri di alam fotografi, segala masalah apertur, pemilihan ISO, kelajuan pengatup akan diprogram terus oleh sistem kemera teraksuk memberi simbahan cahaya lampu denya (flash) jika perlu, apabila cahaya  yang dirakam tidak mencukupi.


P : Program
Fungsi mod (mode), program, kemera menentukan apertur dan kelajuan pengatup dan kita sendiri memilih ISO yang sesuai.

AV: Apperture Value
Fungsi mod AV (apperture value), kita melihat aperture dan kemera akan menentukan, kelajuan pengatup bagi mendapat kesan (effect) yang dikehendaki. (berkaitan kesan kesan depth of field).

TV : Time Value
Fungsi mod TV(time value), kita memilih sendiri pengatup kelajuan dan kemera menentukan bukaan apertur yang sesuai. Ia bersesuaian untuk memastikan objek yang begerak pantas  menggunakan dengan kelajuan pengatup kelajuan yang tinggi dan memberi kesan 'pegerakan' seakan garis memanjang, dengan menggunakan  kelajuan  pengatup rendah (slow shutter speed).


M : Manual
Funggi mod M(manual). kita menentukan apertur, kelajuan pengatup, dan ISO.


MODE DSLR

20 September, 2011

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (1-3)

KESESUAIAN ISO


ISO 100-200 :
Untuk cahaya sangat cerah, permandangan, warna akan lebih padat dan timbul, sesuai untuk gambar studio, selalunya apabila gambar di besarkan gampar tidak nampak kesan pecah(grainy) atau (noise).


ISO 400 :
Sesuai untuk rakam gambar waktu pagi, petang dan ketika cuaca mendung. merakam suasana dalam bilik tampa cahaya, mengambil gambar sukan dengan menggunakan kelajuan pengatup yang tinggi. Merakam suasana matahari jatuh.


ISO 800 :
Sesuai ketika cuaca gelap, sesuai untuk objek bergerak pantas contohnya mengambil  gambar perlawanan bola di stadium , permentasan drama atau teater. ASA bergini tidak sesuai menggunakan lampu denyar.

ISO 1600 :
Sesuai untuk merakam gambar pada waktu malam dengan keadaan cahaya yang amat lemah. Juga sesuai mengambil gambar di stadium atau konset.

AUTO ISO :
Set ini bila digunakan  kemera akan menentukan ISO sendiri secara aotomatik bergantung  kedapa keadaan cahaya sekeliling. 


leave your link...