DSLR KAWALAN & PENJAGAAN
Kadang-Kadang Kualiti Gambar Ditentukan Oleh Kemahiran Tangan
- Kemera hendaklah dipegang dengan cermat dan berhati-hati kerana kesan gegaran, ketukan dan hentakan yang kuat akan merosakkan kemera dan lensa yang digunakan gegaran kuat pada lensa akan menyebabkan kedudukan kanta dalam lensa menjadi tidak stabil. Akibatnya imej yang dirakam tidak lagi menjadi tajam (sharp) di bahagian tertentu sama ada di tengah, kiri atau kanan imej yang dirakam.
- Elakkan kemera terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara berpanjangan, bergitu juga dengan habuk. pancaran matahari secara terus ke panel LCD menyebabkan ia akan gagal gagal berfungsi dengan baik dan tulisan di dalamnya akan bertukar menjadia kabur. Untuk menghilangkan habuk atau kotoran yang melekat pada lensa pula gunakan berus pembersih (blower brush), kain lembut atau cecair pembersih yang dibuat khas untuk peralatan kemera.
- Elakkan terkena hujan atau memegang kemera dengan tangan basah bagi mengelakkan litar pintas (short circuit) pada panel penting yang ada pada bahagian badan kemera.
- Apabila tidak menggunakan kemera atay lampu denyar(flash) dalam jangka masa yang agak lama, keluarkan beteri yang ada di dalamnya untuk mengelakkan kerosakan pada sistem peranti elektroniknya.
- Elakkan keran jari(finger print) pada cermin lensa. Kesan cap jari mengandungi unsur minyak yang boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang bergitu sensetif. Untuk mengelakkan risiko kecacatan lapisan coating, gunakan filter(penuras) bagi mencegah calar pada permukaan cermin hadapan lensa. selalunya penuras yang digunakan ialah UV(ultra violet), skyline atau penuras jenis 1A atau 1B.
- Kedudukan badan yang stabil akan memastikan kesempurnaan dan mutu gambar yang dirakam. Posisi tangan dan kaki boleh mengurangkan gegaran atau goncangan pada kemera, bergitu juga teknik menahan nafas sebelum menekan butang shutter.
- Gunakan tangan kiri untuk memegang kemera atau pergelangan lensa, tangan kanan untuk mengawal setting atau menekan butang shutter. Kedua-dua siku derapatkan ke badan untuk menguatkan lagi keseimbangan kemerayang di pengang.
|
Cara Memegang DSLR |
- Pastikan tangan tidak mengepak ketika mengambil gambar, memegang kemera dengan sebelah tangan atau meletakkan tanggan kiri di atas lensa kemera cara ini boleh menyebabkan lagi bebanan kemeran dan mengakibatkan kemera yang dipegang menjadi tidak stabil, boleh bergoyang atau bergegar.
- Ketika mengambil gambar , pastikan juga tali kemera disangkut atau dililit sedikit di tangan bagi mengelakkan kemera terjatuh.
- Jika mengambil gambar berdiri kaki kiri diujurkan sedikit ke hadapan, seolah-olah memasang kuda-kuda supaya imbangan stabil dan kita tidak mudah tumbang kertika mengambil gambar.
thank for info ni... sangat menarik... bg saya pengguna baru DSLR....
ReplyDeleteyour welcome :) tak pe t dari semasa sy akan update cara2 pnggunaan yg lin lak...
ReplyDelete