23 October, 2014

Cara Untuk Update Secara Manual Bagi Zenfone 5 & 6

saya ingin kongsikan tutorial bergambar cara-cara upadate latest firmware tanpa menggunakan pc...
Sila pastikan model number anda...
Contoh: Zenfone 5 ( T00F / T00J )

Sila pastikan build number anda...
Contoh: TW / WW / CN

Sila klik firmware...
Latest Firmware Kit Kat 4.4.2 Version V 2.19.40.18 (Zenfone 5 WW):

Kit Kat 4.4.2 - Firmware Version V 2.19.40.6 (Zenfone 5 WW):

Last Update Sebelum Update Ke Kit Kat Version V 1.18.40.10 (Zenfone 5 WW 4.3):

--------------------------------------------------------------------------------
Latest Firmware Kit Kat 4.4.2 Version V 2.19.40.18 (Zenfone 6 WW):

Kit Kat 4.4.2 - Firmware Version V 2.19.40.15 (Zenfone 6 WW):

Last Update Sebelum Update Ke Kit Kat Version V 1.18.40.12 (Zenfone 6 WW 4.3):

Cara2-cara untuk update firmware anda secara manual:
1) Pastikan model telefon anda. Pergi ke Settings > About > Software Information > Build number
    Bagi model Zenfone 5: T00J dan T00F
    SKU: TW, WW dan CN

    Bagi model Zenfone 6: T00G
    SKU: TW, WW dan CN


2) Setelah kenalpasti model dan firmware telefon anda, pergi ke website ASUS:-
Zenfone 5: http://support.asus.com/download.aspx?SLanguage=en&p=39&s=1&m=ASUS+ZenFone+5&os=&hashedid=96nqlxHp1VKV4Rdz

Zenfone 6: http://support.asus.com/download.aspx?SLanguage=en&p=39&s=1&m=ASUS+ZenFone+6&os=&hashedid=paJ6GdiFh3rgCrfL

Setelah tekan link tersebut, sila tekan Download tab, OS pilih Android dan tekan di bahagian Firmware


3) Pilih firmware yang latest, kebiasaannya latest firmware adalah di atas sekali, tetapi perlu mengikut jenis SKU anda. Download dengan memilih server, kebiasaannya Global DLM ataupun Global.


P/S: Jikalau firmware anda version 1.16 kebawah, disarankan download dan update satu per satu version sehingga version 1.14. Selepas 1.14 baru la boleh terus update ke version 1.16.

4) Setelah selesai download, biasanya file tersebut akan berada di Internal Storage > Download


5) Tekan dan hold file tersebut sehingga keluar pilihan option dan tekan EXTRACT

6) Setelah selesai extract akan ada satu folder yang mempunyai filename yang sama seperti yang anda baru sahaja download. Tekan SEKALI sahaja folder tersebut dan akan terdapat SATU FILE didalamnya (INI ADALAH FILE YANG ANDA PERLU COPY KE INTERNAL STORAGE). Tekan dan RENAME file tersebut jika:

Perlu diingatkan bahawa anda PERLU RENAME file tersebut selepas extract jika anda download firmware bagi version 1.14 KEBAWAH bagi Zenfone 5, jika model anda T00J, perlu rename ke T00J, jika T00F, biarkan sahaja.TIDAK PERLU RENAME file tersebut jika anda update dari version 1.14 KEATAS, kekalkan sahaja T00F. Bagi Zenfone 6 tiada masalah kerana mempunyai 1 model sahaja.

Contoh Zenfone 5:
Original file yang didownload: UL_ASUS_T00F_WW_1_16_40_50.zip
Original file selepas di extract: UL-ASUS_T00F-WW-1.16.40.50-user.zip

Contoh Zenfone 6:
Original file yang didownload: UL_ASUS_T00G_WW_1_16_40_50.zip
Original file selepas di extract: UL-ASUS_T00G-WW-1.16.40.50-user.zip

7) Setelah selesai, copy atau cut file tersebut ke Internal Storage. Jika anda copy dan paste menggunakan USB cable, setelah selesai paste di Internal Storage, cabut USB Cable anda manakala jika anda menggunakan phone, setelah selesai paste di Internal Storage, restart phone anda terlebih dahulu. Setelah restart, satu notification akan keluar di atas berbentuk segi tiga menyatakan ada update baru. Tekan Install dan update akan bermula dari situ. 

8) Selesai sahaja update dan tidak mengalami apa-apa masalah, itu bermakna telefon anda sudah berjaya mendapat update yang baru. Ulang langkah yang sama jika anda update satu persatu.

Credit :  ASUS ZENFONE MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment


leave your link...