Selalunya peminat fotografi mendengar dan ketahui bahagian bagi sesebuah kemera adalah lensa. Lensa bahagian paling penting kemera yang mempunyai lapisan kanta optik berperanan 'menyalurkan' imej atau cahaya masuk ke dalam kemera dan seturusnya ke filem atau sensor elektronik (ccd/cmos).
Lensa yang berkualiti tinggi dinilai dari segi buatan kaca kanta optiknya yang bermutu tinggi. Harga lensa selalunya berbeza2 berdasarkan kelebihan elemen yang ada pada lensa itu sendiri seperti kelebihan mengurangkan kesan tempias cahaya "flare'.
LENSA BIDANG LUAS
Lensa ini membolehkan kita mengambil gambar dalam keadaan sempit atau tempat yang terhad sekaligus dapat memaparkan gambar dengan sudut pandangan yang luas. Disamping lensa 'wide angle' ada juga 'super wide' atau 'fish eye'. antara lensa bidang luas adalah lensa 16milimeter(mm), 20mm, 24mm, 35mm. Jika lebih kecil angkanya lebih luas sudut bukaan gambar.
Lensa Bidang Luas |
LENSA PIAWAI
Lensa jenis ini pula gambar yang dihasilkan sama dengan pandangan mata. Lensa ini sesuai di ambil gambar potret contohnya lensa 50mm, 55mm.
Lensa Piawai 50mm |
LENSA TELEFOTO
Lensa bergini pula memiliki pandangan sudut pandangan sempit. Ia sesuai mengambil gambar dari jarak jauh terutamanya ketika merakam gambar secara spontan atau 'candid' ataupun gambar haiwan yang bergerak bebas. Antara lensa telefoto ialah 135mm, 200mm, 300mm, 500, dan 1000mm.
Lensa Telefoto 500mm |
LENSA ZOOM
Lensa yang memiliki pelbagai 'focal length' atau jarak fokal, bermakna dalam satu lensa mempunyai dua atau tiga jenis lensa contohnya 18mm-55mm, 70mm-135mm, 80mm-200mm. Ia lebih mudah digunakan kerana tidak memerlukan pegerakan yang banyak bagi mendapatkan jarak yang sesuai untuk sesuatu objek dirakam.
OPTIKAL ZOOM & DIGITAL ZOOM
Optikal zoom bermaksud kanta kemera yang bergerak untuk beberapa kali, 1, 2, 3 dan seterusnya.
Zoom digital tidak menunjukkan sebarang pergerakan pada kemera.
Optikal zoom bermaksud kanta kemera yang bergerak untuk beberapa kali, 1, 2, 3 dan seterusnya.
Optikal Lansa |
Digital lansa |
LENSA MIKRO
Lensa jenis ini pula selalu digunakan untuk objek yang kecil dengan jarak fokus lebih dekat seperti mengambil gambar bunga, serangga supaya objek nampak lebih besar dan jelas. Ada persamaan lensa ini dengan lensa standard dan telefoto. Seperti lensa 55mm boleh merakam objek kecil pada jarak dekat, lensa 105mm dan 200mm boleh snap objek mikro pada jarak jauh.
No comments:
Post a Comment