23 October, 2014

Manual update firmware for Zenfone5 & ZenFone6


Jika post sebelum ini anda masih tidak memahami cara bagaimana untuk update secara manual bagi ZenFone 5 and Zenfone 6. Post kali ini saya dan ASUS ZENFONE MALAYSIA akan berkonsi tutorial secara bergambar supaya anda lebih nampak cara-caranya.

Sila pastikan model number zenfone anda:
Contoh : Zenfone5 ( T00F atau T00J )

Sila pastikan build number SKU:
Contoh : TW atau WW atau CN

Sila klik link firmware mengikut model zenfone:
Zenfone 4: http://support.asus.com/download.aspx?SLanguage=en&m=ASUS+ZenFone+4&p=39&s=1&os=32&hashedid=c8oZ7py6xttwHEuu

Zenfone  5: http://support.asus.com/download.aspx?SLanguage=en&m=ASUS+ZenFone+5&p=39&s=1&os=32&hashedid=96nqlxHp1VKV4Rdz

Zenfone 6: http://support.asus.com/download.aspx?SLanguage=en&m=ASUS+ZenFone+6&p=39&s=1&os=32&hashedid=paJ6GdiFh3rgCrfL


1. Download ikut model number dan build number.




3. Klik global dlm dan klik clik here


4. Tunggu sehingga download complate



5. Setelah download complete


6. Pergi ke menu dan buka file manager kemudian klik internal


7. Klik folder download


8. Klik file yang di download tadi.


9. Klik extract.



10. Klik ok.


11. Setelah selesai extract... akan ada 1 folder... klik folder tersebut.


12. dalam folder tersebut ada 1 file.... klik hujung file dan klik cut.


13. File telah di cut kemu kemudian 


14. Kilk button paste.


15. Dah siap... sila off kan phone anda.... dan on semula... jangan guna restart


16. Setelah phone anda on... anda akan dapati bentuk segitiga di notification bar

17. Buka notification bar dan klik system update.


18. Klik ok


20. klik ok... phone anda akan off sendiri  biarkan jangan lakukan apa2. Proses update sedang berjalan  tunggu hingga selesai.






































Credit :  ASUS ZENFONE MALAYSIA

Cara Untuk Update Secara Manual Bagi Zenfone 5 & 6

saya ingin kongsikan tutorial bergambar cara-cara upadate latest firmware tanpa menggunakan pc...
Sila pastikan model number anda...
Contoh: Zenfone 5 ( T00F / T00J )

Sila pastikan build number anda...
Contoh: TW / WW / CN

Sila klik firmware...
Latest Firmware Kit Kat 4.4.2 Version V 2.19.40.18 (Zenfone 5 WW):

Kit Kat 4.4.2 - Firmware Version V 2.19.40.6 (Zenfone 5 WW):

Last Update Sebelum Update Ke Kit Kat Version V 1.18.40.10 (Zenfone 5 WW 4.3):

--------------------------------------------------------------------------------
Latest Firmware Kit Kat 4.4.2 Version V 2.19.40.18 (Zenfone 6 WW):

Kit Kat 4.4.2 - Firmware Version V 2.19.40.15 (Zenfone 6 WW):

Last Update Sebelum Update Ke Kit Kat Version V 1.18.40.12 (Zenfone 6 WW 4.3):

Cara2-cara untuk update firmware anda secara manual:
1) Pastikan model telefon anda. Pergi ke Settings > About > Software Information > Build number
    Bagi model Zenfone 5: T00J dan T00F
    SKU: TW, WW dan CN

    Bagi model Zenfone 6: T00G
    SKU: TW, WW dan CN


2) Setelah kenalpasti model dan firmware telefon anda, pergi ke website ASUS:-
Zenfone 5: http://support.asus.com/download.aspx?SLanguage=en&p=39&s=1&m=ASUS+ZenFone+5&os=&hashedid=96nqlxHp1VKV4Rdz

Zenfone 6: http://support.asus.com/download.aspx?SLanguage=en&p=39&s=1&m=ASUS+ZenFone+6&os=&hashedid=paJ6GdiFh3rgCrfL

Setelah tekan link tersebut, sila tekan Download tab, OS pilih Android dan tekan di bahagian Firmware


3) Pilih firmware yang latest, kebiasaannya latest firmware adalah di atas sekali, tetapi perlu mengikut jenis SKU anda. Download dengan memilih server, kebiasaannya Global DLM ataupun Global.


P/S: Jikalau firmware anda version 1.16 kebawah, disarankan download dan update satu per satu version sehingga version 1.14. Selepas 1.14 baru la boleh terus update ke version 1.16.

4) Setelah selesai download, biasanya file tersebut akan berada di Internal Storage > Download


5) Tekan dan hold file tersebut sehingga keluar pilihan option dan tekan EXTRACT

6) Setelah selesai extract akan ada satu folder yang mempunyai filename yang sama seperti yang anda baru sahaja download. Tekan SEKALI sahaja folder tersebut dan akan terdapat SATU FILE didalamnya (INI ADALAH FILE YANG ANDA PERLU COPY KE INTERNAL STORAGE). Tekan dan RENAME file tersebut jika:

Perlu diingatkan bahawa anda PERLU RENAME file tersebut selepas extract jika anda download firmware bagi version 1.14 KEBAWAH bagi Zenfone 5, jika model anda T00J, perlu rename ke T00J, jika T00F, biarkan sahaja.TIDAK PERLU RENAME file tersebut jika anda update dari version 1.14 KEATAS, kekalkan sahaja T00F. Bagi Zenfone 6 tiada masalah kerana mempunyai 1 model sahaja.

Contoh Zenfone 5:
Original file yang didownload: UL_ASUS_T00F_WW_1_16_40_50.zip
Original file selepas di extract: UL-ASUS_T00F-WW-1.16.40.50-user.zip

Contoh Zenfone 6:
Original file yang didownload: UL_ASUS_T00G_WW_1_16_40_50.zip
Original file selepas di extract: UL-ASUS_T00G-WW-1.16.40.50-user.zip

7) Setelah selesai, copy atau cut file tersebut ke Internal Storage. Jika anda copy dan paste menggunakan USB cable, setelah selesai paste di Internal Storage, cabut USB Cable anda manakala jika anda menggunakan phone, setelah selesai paste di Internal Storage, restart phone anda terlebih dahulu. Setelah restart, satu notification akan keluar di atas berbentuk segi tiga menyatakan ada update baru. Tekan Install dan update akan bermula dari situ. 

8) Selesai sahaja update dan tidak mengalami apa-apa masalah, itu bermakna telefon anda sudah berjaya mendapat update yang baru. Ulang langkah yang sama jika anda update satu persatu.

Credit :  ASUS ZENFONE MALAYSIA.

04 June, 2012

Sistem Bekalan Kuasa VDC


Power Supply AC-DC
  1. Unit bekalan kuasa terbina daripada beberapa bahagian, bahagian utama terdiri daripada pengubah, litar penerus dan litar penapis, dan juga bahagian pengatur voltan dan rangkaian pembahagi voltan.
  2. Pengubah akan menurunkan voltan AU(AC) ke voltan AT(DC) yang sesuai, keluaran pengubah akan di tukarkan ke bentuk AT oleh penapis supaya bentuknya lurus. Litar pengatur voltan akan menstabilkan voltan keluaran sebelum diagihkan mengunakan litar pembahagi voltan.
Power Supply AC-DC

Power Supply AC-DC

  1. kebanyakan peranti atau sistem elektronik memerlukan bekalan kuasa AT untuk berfungsi. Punca bekalan kuasa yang dibekalkan ke rumah ialah voltan AU.
  2. untuk  mendapat voltan AT kita gunakan litar penerus, pnerus ialah satu litar yg menggunakan satu diod atau lebih dari satu duod untuk menukarkan voltan AU ke voltan AT berdunyut. Penerus yang akan dipincankan kepada beberapa jenis : penerus gelombang separuh,  penerus gelombang penuh, dan  penerus gelombang tertimbang.

Penerus Gelombang Separuh
Penerus Gelombang Separuh
  • semasa kitar positif isyarat masukan, diod D pincang depan. D bertindak sebagai suis tertutup maka arus boleh melaluinya. kejatuhan voltan pada RL adalah sama dengan magnitud kitar positif insyarat masukan jika kita abaikan kejatuhan coltan pada diod.
  • semasa kitar negatif isyarat masukan, dido D pincang songsan. D bertindak sebagai suis terbuka arus tidak boleh melaluinya. Kejatuhan voltan dapa RL semasa kitar negatif adalah kosong.

Penerus Gelombang Penuh
Penerus Gelombang Penuh


02 January, 2012

14 interesting facts about smile :

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan?

           Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar. 
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline'.
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
         

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaan sedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan


leave your link...