Showing posts with label Digital single-lens reflex DSLR. Show all posts
Showing posts with label Digital single-lens reflex DSLR. Show all posts

16 December, 2011

DSLR Jenis - Jenis Lensa

       Selalunya peminat fotografi mendengar dan ketahui bahagian bagi sesebuah kemera adalah lensa. Lensa bahagian paling penting kemera yang mempunyai lapisan kanta optik berperanan 'menyalurkan' imej atau cahaya masuk ke dalam kemera dan seturusnya ke filem atau sensor elektronik (ccd/cmos).

         Lensa yang berkualiti tinggi dinilai dari segi buatan kaca kanta optiknya yang bermutu tinggi. Harga lensa selalunya berbeza2 berdasarkan kelebihan  elemen yang ada pada lensa itu sendiri seperti kelebihan mengurangkan kesan tempias cahaya "flare'.


LENSA BIDANG LUAS
          Lensa ini membolehkan kita mengambil gambar dalam keadaan sempit atau tempat yang terhad sekaligus dapat memaparkan gambar dengan sudut pandangan yang luas. Disamping lensa 'wide angle' ada juga 'super wide' atau 'fish eye'. antara lensa bidang luas adalah lensa 16milimeter(mm), 20mm, 24mm, 35mm. Jika lebih kecil angkanya lebih luas sudut bukaan gambar.
Lensa Bidang Luas 

LENSA PIAWAI
          Lensa jenis ini pula gambar yang dihasilkan sama dengan pandangan mata. Lensa ini sesuai di ambil gambar potret contohnya lensa 50mm, 55mm.
Lensa Piawai 50mm

LENSA TELEFOTO
          Lensa bergini pula memiliki pandangan sudut pandangan sempit. Ia sesuai mengambil gambar dari jarak jauh terutamanya ketika merakam gambar secara spontan atau 'candid' ataupun gambar haiwan yang bergerak bebas. Antara lensa telefoto ialah 135mm, 200mm, 300mm, 500, dan 1000mm.
Lensa Telefoto 500mm

LENSA ZOOM
              Lensa yang memiliki pelbagai 'focal length' atau jarak fokal, bermakna dalam satu lensa mempunyai dua atau tiga jenis lensa contohnya 18mm-55mm, 70mm-135mm, 80mm-200mm. Ia lebih mudah digunakan kerana tidak memerlukan pegerakan yang banyak bagi mendapatkan jarak yang sesuai untuk sesuatu objek dirakam.
Lensa Zoom 18mm-55mm

OPTIKAL ZOOM & DIGITAL ZOOM
             Optikal zoom bermaksud kanta kemera yang bergerak untuk beberapa kali, 1, 2, 3 dan seterusnya.
Optikal Lansa


             Zoom digital tidak menunjukkan sebarang pergerakan pada kemera.
Digital lansa


LENSA MIKRO
             Lensa jenis ini pula selalu digunakan untuk objek yang kecil dengan jarak fokus lebih dekat seperti mengambil gambar bunga, serangga supaya objek nampak lebih besar dan jelas. Ada persamaan lensa ini dengan lensa standard dan telefoto. Seperti lensa 55mm boleh merakam objek kecil pada jarak dekat, lensa 105mm dan 200mm boleh snap objek mikro pada jarak jauh. 

DSLR Penggunaan White Balance



Keadaan Cahaya Boleh Hasilkan Gambar Sempurna

        Setiap gambar yang kita hasilkan selalunya dipengaruhi  dengan suasana ataupun cahaya yang boleh mengubah suhu warna yang akan memberi kesan effect warna tertentu  pada gambar yang anda ambil, perlu diingatkan  keseimbangan warna putih white balance amat diperlukan bagi membiuat pembetulan pada warna agar dapat hasil gambar yang kita mahukan dan kesan yang lebih tepat dan semulajadi.

         Kadang kala kita tidak perasan ada perubahan pada warna  colour temperature  sewaktu kita snap gambar pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Misalannya cahaya akan memberi kesan :
  • Cahaya memberi kesan kekuning-kuningan warm
  • Suhu tnggi waktu tengah hari memberi kesan warna kebiru-biruan 
  • Petang hampir ke malam memberie kesan kuning keemasan bercampur merah
         White balance pada sesebuah kemera sangat penting bagi mengimbangkan semula ketepatan warna. Pada kemera DSLR digalakkan memilih auto white balance atau AWB.  Pada DSLR juga mudah dengan adanya setting  white balance seperti  penggunaan pemilihan set untuk kita memilih setting ketika berada di bawah cahaya tungsten, lampu denyar, cahaya kalimantan, cerah tengah hari atau cahaya mendung.
white balance
            Kdang kala AWB tidak dapat bagi kita hasil warna yang tepat. Untuk kaedah menual yang menggunakan gray card(kad kelabu) dan white card(kad putih) digalakkan. Bergitu juga boleh menukar white balance secara manual yang berpandukan suhu warna seperti di bawah :

  1. SUHU WARNA~1000 - 2000 : SUMBER CAHAYA~cahaya lilin
  2. SUHU WARNA~2500 - 3500 : SUMBER CAHAYA~Lampu Tungsten
  3. SUHU WARNA~3000 - 4000 : SUMBER CAHAYA~Matahari Terbit / Tenggelam
  4. SUHU WARNA~5000 - 5500 : SUMBER CAHAYA~Flash
  5. SUHU WARNA~5000 - 6500 : SUMBER CAHAYA~Tengah Hari, Langit Tidak Berawan(matahari menegak)
  6. SUHU WARNA~6500 - 8000 : SUMBER CAHAYA~Cerah Sedikit Mendung
  7. SUHU WARNA~9000 - 1000 : SUMBER CAHAYA~Di Bawah Lindungan atau sangat mendung

*Atau formula lebih mudah untuk diingati
*"K" = Kelvin (ukuran nilai bagi mengukur suhu warna)
  • ingin birukan gambar - turunkan nilai kelvin
  • ingin merahkan gambar - naikkan nilai kelvin

  


30 October, 2011

DSLR ASAS KEPADA MAKRO - 1


Selalunya gambar ini diambil secara dekat dan nisbahnya bersaiz 1:1 dengan subjek sebenar. Cara foto makro merujuk kepada di dalam lingkungan 1:1 hingga 1:7.

Nisbah 1:1
  • Bermaksud 1:1 imej pada foto adalam dalam saiz sebenar objek. Sebagai contoh, apabila anda merakam foto objek bersaiz 8sentimeter dan imej pada negatif  adalah 4sentimeter, imej pada foto mempunyai nisbah 1:2. jika objek bersaiz 8sentimeter dan imej pada negatif juga 8sentimeter , nisbahnya 1:1.
EF-S 60 mm f/2.8 USM lensa makro
  • Ini akan memberi hasil yang sangat baik untuk macam-macam penggunaan foto makro bunga dan benda-benda kecil , potret, dan permandanga dengan latar belakang blur.

26 October, 2011

DSLR Elemen Shutter Speed : (2-2)


Kelajuan Pengatur Menentukan Masa Cahaya Masuk Lensa Kemera

  • B - pengatur kelajuan yang boleh dibuka  seberapa lama mengikut kelajuan cahaya. Speed selalunya menggunakan Tripod
  • 1/1, 1/2, 1/4, 1/15, 1/30 - adalah kelajuan pegatup perlahan.
  • 1/60, 1/125, 1250 - kelajuan pengatup sederhana
  • 1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - kelajuan pengatup tinggi ataupun laju




DSLR Elemen Shutter Speed : (1-2)

Kelajuan Pengatur Menentukan Masa Cahaya Masuk Lensa Kemera


Peranan iso , kelajuan pengatur (shutter speed) dan apertur (aperture). ketiga-tiga elemen ini ibarat tulang belakang penting pada keseluruhan sistem kemera. 

Shutter speed  (pengatur kelajuan) ialah satu alat di dalam sesebuah kemera yang berfungsi mengatur berapa lama 'tempoh atau masa cahaya yang patut masuk ke dalam kemera melalui lensa dalam kiraan setiap saat.

Kelajuan pengatur yang biasa di lihat pada kemera  ialah B-1-2-4-8-15-30-60-125-500-1000-2000. Ada sesetengah kemara DSLR (digital single lans reflex) pula boleh  mencapai angka kelajuan pengatup sehingga 8000 dan 12000 dengan jangka hayat kemampuan pengatupnya beroperasi sehingga 300000 kali pusingan bukaan pengatur atau lebih.


26 September, 2011

DSLR KAWALAN & PENJAGAAN

Kadang-Kadang Kualiti Gambar Ditentukan Oleh Kemahiran Tangan

  • Kemera hendaklah dipegang dengan cermat dan berhati-hati kerana kesan gegaran, ketukan dan hentakan yang kuat akan merosakkan kemera dan lensa yang digunakan gegaran kuat pada lensa akan menyebabkan kedudukan kanta dalam lensa menjadi tidak stabil. Akibatnya  imej yang dirakam tidak lagi menjadi tajam (sharp) di bahagian tertentu sama ada di tengah, kiri atau kanan imej yang dirakam. 
  • Elakkan kemera terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara berpanjangan, bergitu  juga dengan habuk.  pancaran matahari secara terus ke panel LCD menyebabkan  ia akan gagal gagal berfungsi dengan baik dan tulisan di dalamnya akan bertukar menjadia kabur. Untuk menghilangkan habuk  atau kotoran yang melekat pada lensa pula gunakan berus pembersih (blower brush), kain lembut atau cecair pembersih yang dibuat  khas untuk peralatan kemera.
  • Elakkan terkena hujan atau memegang kemera dengan tangan basah bagi mengelakkan litar pintas (short circuit) pada panel penting  yang ada pada bahagian badan kemera.
  • Apabila tidak menggunakan kemera atay lampu denyar(flash) dalam jangka masa yang agak lama, keluarkan beteri yang ada di dalamnya untuk mengelakkan kerosakan pada sistem peranti elektroniknya.
  • Elakkan keran jari(finger print) pada cermin lensa. Kesan cap jari mengandungi unsur  minyak yang  boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang bergitu sensetif. Untuk mengelakkan risiko kecacatan lapisan coating, gunakan filter(penuras) bagi mencegah calar pada permukaan cermin hadapan lensa. selalunya penuras yang digunakan ialah UV(ultra violet), skyline atau penuras jenis 1A atau 1B.
  • Kedudukan badan yang stabil akan memastikan kesempurnaan dan mutu gambar yang dirakam. Posisi tangan dan kaki boleh mengurangkan gegaran atau goncangan pada kemera, bergitu juga teknik menahan nafas sebelum menekan butang shutter.
  • Gunakan tangan kiri untuk memegang kemera atau pergelangan lensa, tangan kanan untuk mengawal setting atau menekan butang shutter. Kedua-dua siku derapatkan ke badan untuk menguatkan lagi keseimbangan kemerayang di pengang. 

Cara Memegang DSLR
  • Pastikan tangan tidak mengepak ketika mengambil gambar, memegang kemera dengan sebelah tangan atau meletakkan tanggan kiri di atas  lensa kemera cara ini boleh menyebabkan  lagi bebanan kemeran dan mengakibatkan kemera yang dipegang menjadi tidak stabil, boleh bergoyang atau bergegar.
  • Ketika mengambil gambar , pastikan juga tali kemera disangkut atau dililit sedikit di tangan bagi mengelakkan kemera terjatuh.
  • Jika mengambil gambar berdiri kaki kiri diujurkan sedikit ke hadapan, seolah-olah memasang kuda-kuda supaya imbangan stabil dan kita tidak mudah tumbang kertika mengambil gambar.

21 September, 2011

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (3-3)

MAKSUD LAMBANG


LAMBANG KILAT DENGAN GARISAN MELINTANG / PANGKAH :
Pemilihan sama ada ingin memberi cahaya pada objek atau tidak. Ia berguna ketika pancaran cahaya dari lampu denya tidak diperlukan terutama pada tempat yang tidak dibenarkan mengunakan lampu pancar.


LAMBANG ORANG DENGAN BINTANG :
Ia digunakan untuk menghilangkan  kesan gelap pada muka objek (black light), program ini bila digunakan, lampu denya akan di simbahkan secara automatik untuk menolak  cahaya kebelakang  dan gambar menjadi nomal semula.

LAMBANG ORANG BERLARI :
Set ini selalu digunakan untuk merakam gambar atlet atau sukan yang memerlukan kelajuan yang tinggi supaya gambar tidak kabur(blur) akibat pergerakan yang laju.

LAMBANG BUKIT :
Untuk merakam gambar permandangan luas, landskap, agar gambar dihasilkan lebih tajam (sharp) dengan depth of fieldsnya sempit.

GAMBAR KEPALA SEPARUH BAHU :
Set ini digunakan untuk mengambil gambar potret.




MODE DSLR

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (2-3)

MAKSUD LAMBANG

AUTO :  
Lambang kotak hijau atau kemera berwana hijau, fungsinya memudahkan kerja bagi mereka yang baru    menjinakkan diri di alam fotografi, segala masalah apertur, pemilihan ISO, kelajuan pengatup akan diprogram terus oleh sistem kemera teraksuk memberi simbahan cahaya lampu denya (flash) jika perlu, apabila cahaya  yang dirakam tidak mencukupi.


P : Program
Fungsi mod (mode), program, kemera menentukan apertur dan kelajuan pengatup dan kita sendiri memilih ISO yang sesuai.

AV: Apperture Value
Fungsi mod AV (apperture value), kita melihat aperture dan kemera akan menentukan, kelajuan pengatup bagi mendapat kesan (effect) yang dikehendaki. (berkaitan kesan kesan depth of field).

TV : Time Value
Fungsi mod TV(time value), kita memilih sendiri pengatup kelajuan dan kemera menentukan bukaan apertur yang sesuai. Ia bersesuaian untuk memastikan objek yang begerak pantas  menggunakan dengan kelajuan pengatup kelajuan yang tinggi dan memberi kesan 'pegerakan' seakan garis memanjang, dengan menggunakan  kelajuan  pengatup rendah (slow shutter speed).


M : Manual
Funggi mod M(manual). kita menentukan apertur, kelajuan pengatup, dan ISO.


MODE DSLR

20 September, 2011

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (1-3)

KESESUAIAN ISO


ISO 100-200 :
Untuk cahaya sangat cerah, permandangan, warna akan lebih padat dan timbul, sesuai untuk gambar studio, selalunya apabila gambar di besarkan gampar tidak nampak kesan pecah(grainy) atau (noise).


ISO 400 :
Sesuai untuk rakam gambar waktu pagi, petang dan ketika cuaca mendung. merakam suasana dalam bilik tampa cahaya, mengambil gambar sukan dengan menggunakan kelajuan pengatup yang tinggi. Merakam suasana matahari jatuh.


ISO 800 :
Sesuai ketika cuaca gelap, sesuai untuk objek bergerak pantas contohnya mengambil  gambar perlawanan bola di stadium , permentasan drama atau teater. ASA bergini tidak sesuai menggunakan lampu denyar.

ISO 1600 :
Sesuai untuk merakam gambar pada waktu malam dengan keadaan cahaya yang amat lemah. Juga sesuai mengambil gambar di stadium atau konset.

AUTO ISO :
Set ini bila digunakan  kemera akan menentukan ISO sendiri secara aotomatik bergantung  kedapa keadaan cahaya sekeliling. 



leave your link...