21 September, 2011

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (3-3)

MAKSUD LAMBANG


LAMBANG KILAT DENGAN GARISAN MELINTANG / PANGKAH :
Pemilihan sama ada ingin memberi cahaya pada objek atau tidak. Ia berguna ketika pancaran cahaya dari lampu denya tidak diperlukan terutama pada tempat yang tidak dibenarkan mengunakan lampu pancar.


LAMBANG ORANG DENGAN BINTANG :
Ia digunakan untuk menghilangkan  kesan gelap pada muka objek (black light), program ini bila digunakan, lampu denya akan di simbahkan secara automatik untuk menolak  cahaya kebelakang  dan gambar menjadi nomal semula.

LAMBANG ORANG BERLARI :
Set ini selalu digunakan untuk merakam gambar atlet atau sukan yang memerlukan kelajuan yang tinggi supaya gambar tidak kabur(blur) akibat pergerakan yang laju.

LAMBANG BUKIT :
Untuk merakam gambar permandangan luas, landskap, agar gambar dihasilkan lebih tajam (sharp) dengan depth of fieldsnya sempit.

GAMBAR KEPALA SEPARUH BAHU :
Set ini digunakan untuk mengambil gambar potret.




MODE DSLR

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (2-3)

MAKSUD LAMBANG

AUTO :  
Lambang kotak hijau atau kemera berwana hijau, fungsinya memudahkan kerja bagi mereka yang baru    menjinakkan diri di alam fotografi, segala masalah apertur, pemilihan ISO, kelajuan pengatup akan diprogram terus oleh sistem kemera teraksuk memberi simbahan cahaya lampu denya (flash) jika perlu, apabila cahaya  yang dirakam tidak mencukupi.


P : Program
Fungsi mod (mode), program, kemera menentukan apertur dan kelajuan pengatup dan kita sendiri memilih ISO yang sesuai.

AV: Apperture Value
Fungsi mod AV (apperture value), kita melihat aperture dan kemera akan menentukan, kelajuan pengatup bagi mendapat kesan (effect) yang dikehendaki. (berkaitan kesan kesan depth of field).

TV : Time Value
Fungsi mod TV(time value), kita memilih sendiri pengatup kelajuan dan kemera menentukan bukaan apertur yang sesuai. Ia bersesuaian untuk memastikan objek yang begerak pantas  menggunakan dengan kelajuan pengatup kelajuan yang tinggi dan memberi kesan 'pegerakan' seakan garis memanjang, dengan menggunakan  kelajuan  pengatup rendah (slow shutter speed).


M : Manual
Funggi mod M(manual). kita menentukan apertur, kelajuan pengatup, dan ISO.


MODE DSLR

20 September, 2011

DSLR CIRI-CIRI ASAS : (1-3)

KESESUAIAN ISO


ISO 100-200 :
Untuk cahaya sangat cerah, permandangan, warna akan lebih padat dan timbul, sesuai untuk gambar studio, selalunya apabila gambar di besarkan gampar tidak nampak kesan pecah(grainy) atau (noise).


ISO 400 :
Sesuai untuk rakam gambar waktu pagi, petang dan ketika cuaca mendung. merakam suasana dalam bilik tampa cahaya, mengambil gambar sukan dengan menggunakan kelajuan pengatup yang tinggi. Merakam suasana matahari jatuh.


ISO 800 :
Sesuai ketika cuaca gelap, sesuai untuk objek bergerak pantas contohnya mengambil  gambar perlawanan bola di stadium , permentasan drama atau teater. ASA bergini tidak sesuai menggunakan lampu denyar.

ISO 1600 :
Sesuai untuk merakam gambar pada waktu malam dengan keadaan cahaya yang amat lemah. Juga sesuai mengambil gambar di stadium atau konset.

AUTO ISO :
Set ini bila digunakan  kemera akan menentukan ISO sendiri secara aotomatik bergantung  kedapa keadaan cahaya sekeliling. 


16 August, 2011

Plus Minus In Microcontroller 8052

Seperti mana yang kita tahu, parking digunakan sejak dahulu lagi. Tetapi pada zaman itu sistem parkir masih tidak terancang. Masalah yang selalu dihadapi pengguna adalah bilangan parking yang terhad dan tidak mengetahui parking tersebut sudah penuh atau pun tidak. Melihat keadaan semasa, jumlah kenderaan semakin meningkat di atas jalan raya, maka satu sistem parking yang boleh memudahkan kita untuk mengetahui dalam sesebuah parking tersebut adalah penuh ataupun sebaliknya. Jadi pengguna boleh mengetahui bilangan parking yang masih kosong atau pun sudah penuh.


    Microcontroller 8085


    leave your link...